BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 14 October 2011

TETAMU PERTAMA KAMI.....SMK LAYANG-LAYANG KIRI, BOTA , PERAK .

Assalammualaikum semua......

Entry pada kali ini adalah mengenai tetamu  kami dari SMK Layang-Layang Kiri Bota, Perak . Tetamu  ini merupakan tetamu pertama yang diterima oleh PKS MRSM PONTIAN . Jujur kami katakan perasaan gementar untuk menerima tetamu pada pertama kali menyelubung hati kami . Maklumlah ini adalah pengalaman pertama kami menguruskan tetamu . Tetamu ini datang ke MRSM PONTIAN pada hari Jumaat iaitu 30 September  sehingga hari Ahad 1&2  Oktober 2011 .

       Pada hari Jumaat, 30 September  , kami menyambut kedatangan para tetamu dengan ucapan selamat datang pada pukul 1.00 pagi . Para tetamu diminta untuk mendaftarkan diri di meja pendaftaran . Selepas mendaftar , para tetamu dibawa ke Dewan Selera untuk menikmati 'supper' . Kami sempat memberi sedikit mtaklimat mengenai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi sepanjang tetamu menginap di sini . Selepas taklimat , kami ,pihak hos membantu tetamu membawa barang-barang mereka ke bilik yang telah ditetapkan .

       1 Oktober 2011 merupakan hari kedua aktiviti PKS berjalan . Pada hari ini kami membawa tetamu ke Taman Negara Tanjung Piai . Taman Negara Tanjung Piai ini terletak berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat , daerah Pontian ,Johor merupakan tanah paling selatan di benua Asia . Taman Negara Tanjung Piai ini menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi yang kaya dengan hutan , hidupan paya bakau serta flora dan fauna . Dengan keluasan 926 hektar , Taman Negara Tanjung Piai menempatka mercu tanda daratan penghujung di benua Asia , iaitu peta dunia yag dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka .

         Semasa di taman negara, tetamu dibahgikan kepada 5 kumpulan dengan diketuai oleh seorang fasilitator  dari pihak hos . Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 3.00 untuk pelajar manakala untuk guru , RM 5.00 . Sebelum memulakan aktiviti meneroka taman negara ini , para tetamu diberi sedikit taklimat oleh pihak Taman Negara Tanjung Piai memandangkan program ini melibatkan jumlah tetamu yang agak ramai 44 orang tetamu . Semasa di pelantar yang menempatkan mercu tanda , kami membuat aktiviti untuk menceriakan keadaan kerana pada waktu itu hujan gerimis . Kami juga sempat melakukan aktiviti 'cheers' bagi setiap kumpulan .































Gambar-gambar ini jelas menunjukkan tetamu sangat gembira sepanjang lawatan di Taman Negara Tanjung Piai. Selepas itu kami , membawa para tetamu ke Taman Negara Pulau Kukup . Keluasan pulau ini ialah 647 hektar dengan dikelilingi 8oo hektar tanah paya . Di sini mereka merasai pengalaman menaiki jambatan gantung yang disediakan . Untuk melalui di atas jambatan gantung itu , seorang demi seorang perlu melaluinya untuk mengelakkan jambatan itu dari bergoyang. 


























Setelah menjelajah di Taman Negara Pulau Kukup , tetamu di bawa pula ke Kelong untuk melihat Ikan Sumpit. Tetamu juga sempat bermain dengan Ikan Sumpit di situ . Pada pukul 5.30 petang , mereka pulang semula ke maktab . Pada waktu malam pula , para tetamu dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Pontian.

2 Oktober merupakan hari terakhir tetamu kami menginap di sini . Selepas sarapan pagi , para tetamu di bawa ke bilik Monarki nuntuk majlis penutup .SEbelum majlis penutup dimulakan , sedikit penerangan mengenai fokus subjek  iaitu Ibu Zain dibentangkan oleh pihak Hos . Semasa majlis penutup dijalankan , kami menayangkan tayangan montage yg direka oleh Jawatankuasa Penerangan & Pendidikan .


Selepas majlis penutup tamat , kami sempat mengabil gambar kenang-kenangan.....































Semoga kenangan ini kekal abadi...=)